Wednesday, December 28, 2016

Sekitar taklimat dan pendaftaran th 1 - 6 hari ini.

perkongsian ilmu  cara termudah menampal lencana.

Tak Perlu Jahit, Ini Cara Termudah Tampal Lencana Sekolah Anak
Ikut cara ni saja.

Bahan yang diperlukan:                                                                                                                                                                                                                                             Gam UHU
Kain kecil/ sapu tangan yang dibasahkan
Kertas tebal/cardboard/manila kad
Seterika

Langkah-langkah:
1. Letakkan kertas keras dalam poket atau untuk baju kurung dan tudung letak kertas ini di bahagian dalam bawah lencana . Ia bagi mengelakkan gam melekat pada kain.
2. Atur lencana pada kedudukan yang dikehendaki.
3. Sapukan gam pada bahagian belakang lencana atau tag nama.
4. Lekatkan lencana pada kedudukan yang telah ditetapkan.
5. Ambik kain basah tadi dan letak di atas lencana. 
6. Seterika kain tadi pastikan ia mengenai lencana. Gosok beberapa kali.  ketika ini seterika mungkin berasap tindak balas menggosok kain basah. Jangan bimbang tentang perkara itu.
7. Angkat kain dan alihkan kertas keras di bahagian dalam. Siap.

lencana ditampal dengan cara ini kelihatan kemas dan rapi. Masa untuk menyiapkan satu lencana lebih kurang tiga minit berbanding menjahit lencana yang mungkin mengambil masa 15  hingga 20 untuk satu lencana.

Ia juga kekal lama, berdasarkan pengalamannya lencana akan melekat lebih daripada 10 bulan walaupun dibasih dengan mesin basuh. Sekiranya tertanggal ulangi kaedah yang sama untuk menampalnya kembali.

Selamat mencuba!

Tuesday, December 27, 2016

Friday, November 25, 2016

Persatuan Pandu Puteri Tunas SK Tok Jiring

Bengkel Kraftangan Golliwog di Sk Tg Ampuan Mariam, Kuala Terengganu

Thursday, November 24, 2016

Assalamualaikum..makluman kpd semua guru dan murid yg terlibat dgn kelas tambahan tahun 5 pada hari ini 24 Nov. 2016 ditunda kpd hari Sabtu 26 Nov. 2016 Waktu kelas hari Sabtu tersebut akan dilanjutkan 1 jam dari pukul 10.45-11.45 pagi.

Assalamualaikum. Anda mahukan anak anda cekap dan mahir berbahasa Inggeris, tapi anak anda seorang pemalu? Anak anda takut berbahasa Inggeris?
Anak anda malu kerana takut salah sebutan dan di ketawakan rakan-rakan? Anak anda tiada peluang untuk berbahasa Inggeris? Anak anda tidak faham, tidak cukup vokabulari?
Bimbang akan masa depan anak anda di universiti dan berhadapan dengan kegagalan mendapat kerja?
Jangan bimbang! Daftarlah dengan Bengkel Super English. Kami bantu bina keyakinan anak anda mencapai kemahiran berbahasa Inggeris, Innsyaallah.

Tarikh: 4-15 Disember 2016 (9 hari)
Tempat: PKG Tok Jiring (ETP)
Masa: 9 am -4 pm
Yuran: RM 200 ( termasuk makan dan kit)
Aktiviti : Grammar Games, Speech and Drama, Lingo Pursuit, Confidence Dynamics.

Tempat adalah terhad kepada 30 perserta sahaja. Untuk umur 9-15 tahun.
Daftar sekarang!
Hubungi Generation-E Consultant di 0139226897 untuk keterangan lanjut.

Ribuan terima kasih yg tidak terhingga kpd semua yg telah menjayakan Majlis Graduasi dan Anugerah Cemerlang Pelajar 2016 hari ini.