Tuesday, August 9, 2011

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK

1. Sabda Nabi (s.a.w) : Menunaikan yang sunat diberi balasan pahala fardhu, dan amal fardhu diberi balasan 70 kali ganda. Bulan puasa adalah bulan sabar (sabar dalam berbuat taat kepadaNya.), dan sabar itu adalah syurga balasannya bulan ini dilebihkan rezeki kepada hambanya orang mukmin, diampunkan baginya dosa-dosa. Barang siapa memberi makan kepada orang berpuasa pahalanya seperti memerdekakan hamba dan diampunkan dosanya, berkata sahabat : Bagaimana kami tak sanggup memberi makan orang yang berpuasa (berbuka puasa) ya Rasullullah - Allah memberi pahala ini kepada orang yang memberi seteguk susu atau sebiji kurma atau segelas air, barang siapa kenyangkan orang berpuasa diampunkan Tuhan dosanya, diminumkan Tuhan dari kolam Hudh sejenis minuman yang tiada dahaga lagi kemudiannya hingga masuk ia ke syurga dan pahalanya seperti pahala orang berpuasa. (Al-Hadith).

2. Sabda Nabi (s.a.w) : Diberi kepada umatku lima perkara yang belum pernah diberi kepada umat-umat dahulu sebelumnya :
a) Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah
b) Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya.
c) Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar.
d) Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda, melainkan  puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya yang berkuasa menahan syahwatnya, makan minumnnya kerana Aku.
e) Dan mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokkan ketika berbuka dan ketika menemui tuhan di akhirat.(Al-Hadith)

Thursday, April 14, 2011

PERKHEMAHAN UNIT UNIFORM SK TOK JIRING 2011

PERKHEMAHAN UNIT UNIFORM SK TOK JIRING 2011
DI PUSAT KOKURIKULUM KUALA TERENGGANU d/a SMK BUKIT GUNTONG

PADA 21 – 23 APRIL 2011

Saturday, April 2, 2011

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-17 2011

2 April 2011 - SK Tok Jiring telah mengadakan Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-17 bagi sesi 2011. Perasmian mesyuarat tersebut telah dirasmikan oleh YB Haji Muhammad Ramli bin Haji Nuh, Ahli Dewan Undangan Negeri Tepuh. Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada YB atas kesudian merasmikan PIBG tersebut. Terima kasih juga buat ahli mesyuarat yang hadir yang terdiri daripada ibu bapa dan guru SK Tok Jiring. Kehadiran memberangsangkan dengan mencatat 230 orang. Syabas dan Tahniah.
YB Haji Muhammad Ramli bin Haji Nuh menyampaikan ucapan perasmian sempena Mesyuarat PIBG SK Tok Jiring kali ke-17
Ahli mesyuarat PIBG yang hadir membanjiri kantin sekolah
 Ustaz Zakaria bin Muda mengetuai bacaan doa memohon keberkatan majlis
Pihak PIBG turut menyediakan Hadiah Cabutan Bertuah sempena Mesyuarat Agung tersebut.
 No 172 memberi tuah kepada Puan Guru Besar SK Tok Jiring pada mesyuarat agung kali ini
Barisan hadapan PIBG SK Tok Jiring mengepalai PIBG bagi sesi 2011 - 2012
Ahli Mesyuarat Agung PIBG sebulat suara memilih YB Haji Muhammad Ramli bin Haji Nuh sebagai YDP PIBG bagi sesi 2011 - 2012
Timbalan YDP PIBG menjamu selera bersama AJK PIBG yang baru dilantik

Thursday, March 31, 2011

TAKLIMAT ZOOM-A DI SK TOK JIRING

31 Mac 2011 - Krew Zoom-A hadir ke SK Tok Jiring untuk menyampaikan taklimat berkenaan peroperasian Zoom-A ( Pembelajaran Interaktif secara Online ). Taklimat tersebut diadakan di Bilik Gerakan SK Tok Jiring dan dihadiri oleh semua guru SK Tok Jiring serta guru-guru sekitar SK Tok Jiring.

TEMU MURNI 2011

31 Mac 2011 - SK Tok Jiring mengadakan temu murni antara ibu bapa murid dengan guru bagi membincangkan masalah pembelajaran anak-anak dan memastikan peningkatan yang memberangsangkan pada masa akan datang.
Pertemuan bersemuka antara ibu bapa, murid dan guru mampu meningkatkan prestasi.
Ibu bapa menunggu giliran untuk berjumpa guru
 Murid-murid diberi tugasan mewarna lukisan sementara pertemuan dengan ibu bapa diadakan.

Wednesday, March 30, 2011

LADAP PERKEMBANGAN STAF

Boleh dikatakan setiap Hari Rabu, SK Tok Jiring mengadakan Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) - Perkembangan Staf kepada semua guru. LADAP ini diadakan selama lebih kurang 2 jam.

Monday, March 28, 2011

PELANCARAN HARI NILAM SK TOK JIRING 2011

27 Mac 2011 - Pelancaran Hari Nilam SK Tok Jiring 2011 telah disempurnakan oleh Encik Zaidan bin Jamaluddin, Pegawai Unit Sumber Pendidikan, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu di Dataran A.R Anang. Pelbagai aktiviti menarik turut diadakan bersempena dengan pelancaran tersebut.

 
Encik Zaidan memotong pita sebagai simbolik Pelancaran Hari Nilam SK Tok Jiring 2011
 
Murid Tahun 6 yang meraih 5A dalam OTI 1 turut diberi penghargaan

Thursday, March 24, 2011

KEJOHANAN OLAHRAGA MSSDKTU 2011

21 - 24 Mac 2011 - SK Tok Jiring telah menghantar peserta-peserta untuk Kejohanan Olahraga MSSDKTU 2011 yang telah diadakan di Trek Latihan Olahraga Gong Badak. Nasib tidak menyebelahi SK Tok Jiring untuk sesi 2011 ini. Diharapkan peserta-peserta tidak patah semangat dan terus menuju kegemilangan dalam kejohanan yang akan datang. Pada hari kejohanan tersebut juga, beberapa orang guru SK Tok Jiring telah ditugaskan sebagai Jawatankuasa Dokumentasi dan Pegawai Khas.
Peserta-peserta SK Tok Jiring ke Kejohanan Olahraga MSSDKTU 2011 bergerak cergas ketika perbarisan masuk padang.
Gambar salah seorang guru SK Tok Jiring yang ditugaskan sebagai JK Dokumentasi / Photo Finish sepanjang Kejohanan Olahraga MSSDKTU 2011

Gambar salah seorang guru SK Tok Jiring yang bertugas sebagai pegawai khas sempena Kejohanan Olahraga MSSDKTU 2011

Monday, March 14, 2011

LAWATAN PENANDA ARAS MGB BATU PAHAT & MGB LAHAD DATU

13 Mac 2011 - SK Tok Jiring telah menerima rombongan daripada MGB Batu Pahat dan MGB Lahad Datu sebagai Lawatan Penanda Aras atas kejayaan SK Tok Jiring meraih kecemerlangan. Semoga SK Tok Jiring Terus Menuju Kegemilangan.

MGB Batu Pahat

MGB Lahad Datu

Wednesday, March 2, 2011

MAJLIS PERASMIAN MINGGU BAHASA ARAB

Pada 27 Februari 2011 iaitu pada hari Ahad baru-baru ini,Panitia Bahasa Arab telah melancarkan minggu Bahasa Arab SKTJ.Majlis dirasmikan oleh Yang Berusaha Puan Guru Besar Pn.Hajah Hafsah bt Mohamad,semasa majlis perhimpunan.

Ucapan daripada Ketua Panitia Bahasa Arab


Puan Guru Besar memotong reben sebagai simbolik perasmian


" خير الكلام كلام عربيّ "

KEJOHANAN OLAHRAGA & SUKANEKA DWI -TAHUNAN KALI KE-34 2011

Sukan sekolah telah bermula dari 21 Februari hingga 23 Februari.
Sukan telah dimulakan dengan perbarisan masuk rumah-rumah sukan dan diikuti dengan bacaan ikrar.
Persembahan taekwando telah dimulakan sejurus selepas ucapan daripada guru besar SKT dan ucapan perasmian oleh Tuan Haji Mohd Tamidi bin Sidek, Penolong Pengarah, Ketua Unit Kokurikulum JPNT.


Bacaan Iqrar oleh Ketua Murid SKTJ



Persembahan Taekwando dari Gemilang Taekwando


Pertandingan tarik tali dimenangi oleh rumah Hang Tuah


Perbarisan lintas hormat oleh rumah-rumah sukan




Penyampaian hadiah oleh Penolong Kanan 1,En.Zulkifli Ariffin

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1432H


 
Perarakan sempena Program Sambutan Maulidur Rasul pada 17 Februari 2011 dengan tema
" 1Malaysia 1Ummah "

Monday, January 31, 2011

PROGRAM KO AKADEMIK TAHUN 2011


unit kokurilum sktj 2011

LARIAN MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH

Kejohanan merentas desa peringkat sekolah untuk tahun 4,5 dan 6 akan diadakan pada 1 Februari 2011, jam 8.30 pagi, bermula di padang sekolah melalui kawasan kampung di sekitar Kampung Tok Jiring dan berakhir di Dataran Perhimpunan, manakala murid tahun 1, 2 dan 3 akan menyertai pertandingan melukis dan juga mewarna.

Thursday, January 27, 2011

SELAMAT DATANG KE BLOG SK TOK JIRING

Murid-murid khusyuk mendengar taklimat daripada Guru Besar