Saturday, June 27, 2015

Thursday, June 25, 2015

Motivasi menjelang 75 hari UPSR

Motivasi bersama Tuan Guru Besar ,En. Ahmad Zohir  bin Haron bersama murid tahun 6 menjelang 75 hari UPSR






Monday, June 22, 2015

Ihya Ramadhan

Program Ihya Ramadhan-murid th.4,5 dan 6 mengikuti Tadarus Al -quran  pada waktu rehat sepanjang  bulan Ramadhan.Selamat menjalani ibadah puasa.





Sunday, June 21, 2015

Tahniah..5A

Tahniah kepada  adik Syarafana Hani dari kelas 6P dan adik Siti Anis Rosyana dari kelas  6K  kerana telah berjaya mendapat 5A dalam Ujian Transformasi 2 baru-baru ini.Semoga  dapat mengekalkan prestasi kecemerlangan dan menjadi ikutan murid-murid lain untuk turut sama merangkul 5A dlm UPSR  nanti.







Wednesday, June 17, 2015

Salam Ramadhan

Selamat menyambut Ramadhan .Semoga segala amalan kita Ramadhan ini,terbaik dari tahun- tahun sebelumnya.

Forum Perdana Sempena Ambang Ramadhan

Terima kasih kepada semua yang telah bersama- sama dalam majlis ilmu Forum Perdana Sempena Ambang Ramadhan yang telah berlangsung pada malam tadi.Selamat menyambut Ramadhan dan menjalani ibadah puasa untuk semua.















Tuesday, June 16, 2015

Johan kuiz BBSM peringkat negeri

Alhamdulillah dan tahniah.SK Tok Jiring sekali lagi berjaya menjuarai kuiz BBSM peringkat negeri dan dua peserta dari sekolah ini juga telah terpilih sebagai peserta terbaik.



Majlis Kesyukuran

Alhamdulillah,terima kasih kepada semua yang telah  sama-sama bertungkus- lumus menjayakan Majlis Kesyukuran pd hari ini,16 Jun 2015 .terutama kpd  team PIBG ,para ibu bapa,guru .Syabas untuk semua.SKTJ sunggoh sokmo.