Saturday, March 29, 2014

NOTIS MESYUARAT AGUNG PIBG 2014







__________________________________________________________________________________                                                               
                                                                                                Ruj. Kami: PIBG.SKTJ/221/06/02/12(62)
                                                                                                Tarikh:       26 Mac 2014

Kepada,
Ibu Bapa/ Penjaga
Pelajar-pelajar SK Tok Jiring

Tuan,

Notis Mesyuarat Agung PIBG Kali ke–20, 2014

Salam sejahtera. Merujuk kepada perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung PIBG SK Tok Jiring kali ke–20, akan diadakan seperti berikut:

                Tarikh                 : 05 April 2014 (Sabtu).
                Masa                   : 8.30 pagi.
                Tempat                : Kantin SK Tok Jiring.

2.            Sehubungan dengan itu, dengan hormatnya dipersilakan tuan hadir ke majlis tersebut sebagaimana ditetapkan di atas.

3.            Kehadiran tuan ke mesyuarat ini amatlah diharapkan. Kerjasama dan sokongan tuan amat dihargai dan pihak kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

“Melestarikan Pendidikan Terbilang”
“MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT”

Saya yang menurut perintah,


(ROSLAN BIN ABDULLAH)
Setiausaha PIBG,
SK Tok Jiring.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
……………………………………………
……………………………………………

Tuan,

Kehadiran ke Mesyuarat Agung PIBG Kali ke–20, 2014

Saya ………………………………………………………. No. KPT:………………………….. *bersetuju/ tidak bersetuju untuk hadir ke Mesyuarat Agung PIBG Kali ke–20 ini.
Jika ada sebarang usul yang hendak dikemukakan, sila serahkan kepada Setiausaha PIBG selewat lewatnya pada, 01 April 2014
 
Sekian, terima kasih.

Yang benar

…………………………………………
(                                                             )
* Potong mana yang tidak berkenaan. * Sila hantar borang ini selewat-lewatnya pada 01 April 2014.

SK TOK JIRING MENUJU SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN

Pada Mac 2014, Sekolah Kebangsaan Tok Jiring telah dicalonkan sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan. Semoga SK Tok Jiring terus gemilang.

"Sungguh Sokmo"