Thursday, January 26, 2017
Saturday, January 14, 2017
Monday, January 9, 2017
Sunday, January 8, 2017
Wednesday, December 28, 2016
Sekitar taklimat dan pendaftaran th 1 - 6 hari ini.
perkongsian ilmu cara termudah menampal lencana.
Tak Perlu Jahit, Ini Cara Termudah Tampal Lencana Sekolah Anak
Ikut cara ni saja.
Bahan yang diperlukan: Gam UHU
Kain kecil/ sapu tangan yang dibasahkan
Kertas tebal/cardboard/manila kad
Seterika
Langkah-langkah:
1. Letakkan kertas keras dalam poket atau untuk baju kurung dan tudung letak kertas ini di bahagian dalam bawah lencana . Ia bagi mengelakkan gam melekat pada kain.
2. Atur lencana pada kedudukan yang dikehendaki.
3. Sapukan gam pada bahagian belakang lencana atau tag nama.
4. Lekatkan lencana pada kedudukan yang telah ditetapkan.
5. Ambik kain basah tadi dan letak di atas lencana.
6. Seterika kain tadi pastikan ia mengenai lencana. Gosok beberapa kali. ketika ini seterika mungkin berasap tindak balas menggosok kain basah. Jangan bimbang tentang perkara itu.
7. Angkat kain dan alihkan kertas keras di bahagian dalam. Siap.
lencana ditampal dengan cara ini kelihatan kemas dan rapi. Masa untuk menyiapkan satu lencana lebih kurang tiga minit berbanding menjahit lencana yang mungkin mengambil masa 15 hingga 20 untuk satu lencana.
Ia juga kekal lama, berdasarkan pengalamannya lencana akan melekat lebih daripada 10 bulan walaupun dibasih dengan mesin basuh. Sekiranya tertanggal ulangi kaedah yang sama untuk menampalnya kembali.
Selamat mencuba!