Showing posts with label Pengumuman. Show all posts
Showing posts with label Pengumuman. Show all posts

Tuesday, March 1, 2016

MAJLIS TILAWAH AL QURAN PERINGKAT NEGERI TERENGGANU

Majlis akan di adakan sebagaimana berikut;
Tarikh       :     1 hingga 3 Mac 2016
Hari           :     Selasa hingga Khamis
Masa          :     8.30 malam
Tempat      :     Dewan Arena, Stadium Tertutup Gong Badak,
                          Kuala Nerus, Terengganu

Saturday, February 20, 2016

Kelas Tambahan Tahun 6

Kelas tambahan Jumaat tahun 6. BERSAMA BERUSAHA MENCIPTA KECEMERLANGAN

Thursday, February 18, 2016

Pengusaha Kantin SKTJ

Pengusaha kantin dan para pembantu dengan imej baru. Syabas

Tuesday, September 30, 2014

UPSR2014

Saya mendoakan semua murid tahun 6 dapat menghadapi peperiksaan Sains dan Bahasa Inggeris pada hari ini. Insya Allah dipermudahkan

Monday, September 29, 2014

BENGKEL KEMASKINI BLOG SEKOLAH

Kepada guru-guru yang terlibat dimohon hadir seperti maklumat di bawah:

Tarikh : 29.9.2014

Masa : 12.40 pm

Tempat : War Room

Saturday, March 29, 2014

NOTIS MESYUARAT AGUNG PIBG 2014







__________________________________________________________________________________                                                               
                                                                                                Ruj. Kami: PIBG.SKTJ/221/06/02/12(62)
                                                                                                Tarikh:       26 Mac 2014

Kepada,
Ibu Bapa/ Penjaga
Pelajar-pelajar SK Tok Jiring

Tuan,

Notis Mesyuarat Agung PIBG Kali ke–20, 2014

Salam sejahtera. Merujuk kepada perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung PIBG SK Tok Jiring kali ke–20, akan diadakan seperti berikut:

                Tarikh                 : 05 April 2014 (Sabtu).
                Masa                   : 8.30 pagi.
                Tempat                : Kantin SK Tok Jiring.

2.            Sehubungan dengan itu, dengan hormatnya dipersilakan tuan hadir ke majlis tersebut sebagaimana ditetapkan di atas.

3.            Kehadiran tuan ke mesyuarat ini amatlah diharapkan. Kerjasama dan sokongan tuan amat dihargai dan pihak kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

“Melestarikan Pendidikan Terbilang”
“MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT”

Saya yang menurut perintah,


(ROSLAN BIN ABDULLAH)
Setiausaha PIBG,
SK Tok Jiring.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
……………………………………………
……………………………………………

Tuan,

Kehadiran ke Mesyuarat Agung PIBG Kali ke–20, 2014

Saya ………………………………………………………. No. KPT:………………………….. *bersetuju/ tidak bersetuju untuk hadir ke Mesyuarat Agung PIBG Kali ke–20 ini.
Jika ada sebarang usul yang hendak dikemukakan, sila serahkan kepada Setiausaha PIBG selewat lewatnya pada, 01 April 2014
 
Sekian, terima kasih.

Yang benar

…………………………………………
(                                                             )
* Potong mana yang tidak berkenaan. * Sila hantar borang ini selewat-lewatnya pada 01 April 2014.

SK TOK JIRING MENUJU SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN

Pada Mac 2014, Sekolah Kebangsaan Tok Jiring telah dicalonkan sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan. Semoga SK Tok Jiring terus gemilang.

"Sungguh Sokmo"

Tuesday, August 9, 2011

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK

1. Sabda Nabi (s.a.w) : Menunaikan yang sunat diberi balasan pahala fardhu, dan amal fardhu diberi balasan 70 kali ganda. Bulan puasa adalah bulan sabar (sabar dalam berbuat taat kepadaNya.), dan sabar itu adalah syurga balasannya bulan ini dilebihkan rezeki kepada hambanya orang mukmin, diampunkan baginya dosa-dosa. Barang siapa memberi makan kepada orang berpuasa pahalanya seperti memerdekakan hamba dan diampunkan dosanya, berkata sahabat : Bagaimana kami tak sanggup memberi makan orang yang berpuasa (berbuka puasa) ya Rasullullah - Allah memberi pahala ini kepada orang yang memberi seteguk susu atau sebiji kurma atau segelas air, barang siapa kenyangkan orang berpuasa diampunkan Tuhan dosanya, diminumkan Tuhan dari kolam Hudh sejenis minuman yang tiada dahaga lagi kemudiannya hingga masuk ia ke syurga dan pahalanya seperti pahala orang berpuasa. (Al-Hadith).

2. Sabda Nabi (s.a.w) : Diberi kepada umatku lima perkara yang belum pernah diberi kepada umat-umat dahulu sebelumnya :
a) Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah
b) Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya.
c) Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar.
d) Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda, melainkan  puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya yang berkuasa menahan syahwatnya, makan minumnnya kerana Aku.
e) Dan mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokkan ketika berbuka dan ketika menemui tuhan di akhirat.(Al-Hadith)

Thursday, April 14, 2011

PERKHEMAHAN UNIT UNIFORM SK TOK JIRING 2011

PERKHEMAHAN UNIT UNIFORM SK TOK JIRING 2011
DI PUSAT KOKURIKULUM KUALA TERENGGANU d/a SMK BUKIT GUNTONG

PADA 21 – 23 APRIL 2011

Thursday, January 27, 2011

SELAMAT DATANG KE BLOG SK TOK JIRING

Murid-murid khusyuk mendengar taklimat daripada Guru Besar